Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tewas

8 Faktor Pemilik Bisnes Di Malaysia Tewas Awal Di Dalam Perniagaan

Satu perkembangan menarik di Malaysia apabila setiap tahun, lahir ramai usahawan berpendapatan tinggi tanpa mengira usia. Kisah kejayaan mereka banyak dipaparkan di media-media tempatan. Contohnya…. “Menjadi jutawan Internet pada usia 25 tahun.” “Usahawan kosmetik mencapai status jutawan pada usia 21 tahun.” “Pengusaha butik fesyen wanita catat jualan RM 430,000 sebulan.” Banyak lagi kisah kejayaan seperti di atas menjadi topik bualan di kalangan pemilik bisnes. Di sebalik kisah tersebut, ramai juga yang gagal. Lambakan testimoni kejayaan yang dipaparkan media menyebabkan ramai membuat kesimpulan menceburi perniagaan ialah satu jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Hakikatnya, di sebalik kejayaan seorang usahawan, terdapat 100 lagi kisah kegagalan ‘disembunyikan.’ Kali ini, kami senaraikan 8 faktor utama pemilik bisnes di Malaysia tewas awal di dalam perniagaan. Faktor-faktor ini bukan mahu menakut-nakutkan pemilik bisnes, tetapi ia sesuai dijadikan pand...