Anda sering mengalami masalah pencernaan? Berhati-hatilah! Jangan ambil lewa masalah ini kerana ia boleh menjurus kepada risiko kanser usus.
Memetik Okezone, pakar onkologi Dr Henry Naland berkata faktor keturunan menjadi salah satu penyebab utama kanser usus, namun faktor pemakanan juga menjadi penyumbang besar kepada penyakit ini.
Henry berkata amalan tidak sihat seperti jarang mengambil sayuran menyebabkan tubuh seseorang kekurangan serat penting diperlukan tubuh, sekali gus boleh menyebabkan kanser usus.
"Serat penting untuk mengeluarkan baki kotoran atau zat tidak diperlukan tubuh. Kotoran yang gagal dikeluarkan segera dari tubuh akan menjadi racun dan mengubah komposisi sel dalam tubuh. Perkara itu boleh menjadi tanda awal kanser," katanya.
Sayangnya, tak semua orang menggemari sayuran, malah terdapat segelintir individu yang tidak pernah makan sayur dalam hidupnya kerana menganggap ia tidak enak dimakan.
Selain kanser usus, mengabaikan pengambilan sayur dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan beberapa penyakit lain seperti:
1. Sembelit
2. Buasir
3. Gula dalam darah tinggi dan kencing manis
4. Kolestrol tinggi dan sakit jantung
4. Kolestrol tinggi dan sakit jantung
Comments
Post a Comment