Skip to main content

CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

 



CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER (OCTOSAVERS-i)

Tahukah anda, nak buka akaun bank CIMB boleh buat online saja tanpa bersusah-susah ke kaunter cawangan CIMB.

Ini sememangnya amat memudahkan, terutamanya apabila kita dalam tempoh PKP ni. Kadangkala ramai orang di bank sampai terpaksa beratur panjang sebab nak ikut SOP kan.

Jadi, bagi anda yang nak buka akaun, boleh ikuti bagaimana saudari Shelly Jimetbuka akaun bank CIMB secara maya dan kad bank akan terus dihantar ke rumah. Tak perlu lagi bersesak di luar nanti!

Cara Buka Akaun CIMB Secara Online (Akaun Personal)

Korang tau tak cimb sekarang offer buka akaun secara dalam talian. Dengan simpanan rm20 jer. Saya dah dapat kad bank CIMB saya!

buka akaun cimb online

Sorry saya bukan pekerja CIMB. Ikut step ni ja.


PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN ATAS TALIAN CIMB (OCTOSAVERS ACCOUNT-i)

CIMB menawarkan OctoSavers Account-i di mana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke alamat anda di Malaysia yang berdaftar.

buka akaun cimb online

Syarat Kelayakan

  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sahaja
  • Akaun bersama, akaun amanah bagi individu bawah umur dan akaun kanak-kanak tidak dibenarkan
  • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia dan alamat e-mel yang sah
  • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i
  • TIDAK memiliki sebarang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan Asas/-i dengan CIMB.

Nota: Untuk pelanggan Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan/-i Asas, anda boleh memohon Akaun Simpanan lain di CIMB Clicks.

Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. Untuk melihat brosur PIDM, klik di sini.

Apa Yang Diperlukan Untuk Pembukaan Akaun OctoSavers-i CIMB

  • MyKad
  • Deposit permulaan minimum RM20 melalui pemindahan FPX dari akaun bank anda yang lain
  • Pendaftaran CIMB Clicks 

Fi & Caj Akaun Simpanan OctoSavers-i

NOJENIS CAJCAJ
1Fi Tahunan Kad DebitDikecualikan
2Penggantian kad hilang/dicuri/salah dikendalikanRM12.00
3Penutupan akaun selepas 3 bulan tetapi dalam tempoh 6 bulan dari pembukaan (diminta oleh pelanggan)RM20.00
4Penutupan akaun selepas 3 bulan tetapi dalam tempoh 6 bulan dari pembukaanRM10.00
5Salinan tambahan/pengeluaran semula penyata akaun simpanan untuk 12 bulan yang lalu (diminta oleh pelanggan)RM10.00 (pendahuluan)RM2.00 (setiap halaman)
6Salinan tambahan/pengeluaran semula penyata akaun simpanan melebihi 12 bulan (diminta oleh pelanggan)RM30.00 (pendahuluan) + RM2.00 setiap halaman
7Pemindahan dana dalam cawangan yang sama ke cawangan lain dengan arahanRM5.00 melalui cek jurubank/drawing voucher/arahan dan duti setem RM0.15 ke atas cek jurubank Pilihan lain secara percuma:
i) ATM ii) CIMB Clicks

Cara Pembukaan Akaun

Hanya 5 langkah diperlukan untuk memohon pembukaan akaun OctoSavers-i CIMB ini iaitu:

buka akaun cimb online
  1. Muat turun Aplikasi CIMB Apply atau scan QR code pada poster di bawah. Klik ‘Open New Account’
  2. Imbas Mykad dan aktifkan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda.
  3. Isi e-borang untuk pembukaan akaun.
  4. Masukkan deposit RM20 pembukaan minima.
  5. Cipta ID pengguna CIMB Clicks anda.
Ini aplikasi CIMB Apply. Klik pada Open OctoSavers Account
Setelah selesai isi borang akan dapat notifikasi macam ni.
Kad akan dihantar ke rumah dalam masa 7-14 hari.

Kad debit Octo anda akan dihantar ke rumah dalam masa 7-14 hari. Selesai!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari pautan berikut:- https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/accounts/savings-account/octosavers-account-i.html

Ada yang berjaya, ada yang tak berjaya. Jangan salahkan saya. Saya cuma kongsi sahaja. Saya buat saya berjaya buat pendaftaran.. kalau tak berjaya, cuba tanya bank CIMB terus k.

Mudah kan?

Oh ya, kalau dah dapat buka akaun, bagaimana nak aktifkan online banking?

Rujuk langkah di bawah ini:

Cara Aktifkan Pendaftaran CIMB Clicks Kali Pertama

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pendaftaran CIMB Clicks untuk kali pertama:

  • Langkah 1: Sila layari laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my melalui komputer peribadi “web browser” atau “tablet/phone web browser”.
  • Langkah 2: Sila klik pada “Register for CIMB Clicks” dan pilih ‘CIMB ATM, Debit Card & Credit Card’
  • Langkah 3: Sila masukkan 16 digit nombor kad anda diikuti dengan 6 digit PIN ATM anda. Masukkan ‘CAPTCHA’ dengan betul. Sila baca ‘Terms & Condition’ dan tandakan dalam kotak dan klik pada ‘”Next”.
  • Langkah 4: Kod pengesahan ataupun OTP (One Time Password) akan dihantar secara automatik ke nombor telefon anda yang didaftarkan dengan pihak bank. Masukkan kod pengesahan tersebut dan sila klik pada butang “Continue”
  • Langkah 5: Sila masukkan ID (6 hingga 32 gabungan angka huruf) dan Password (8-20 gabungan huruf dan nombor serta simbol) anda serta data-data yang diperlukan.
  • Langkah 6 : Sistem akan mengesahkan pendaftaran anda dan sila klik pada butang ‘Login’ untuk masuk ke akaun CIMB Clicks.

Jika anda masih belum mendaftarkan nombor telefon bimbit anda dalam sistem kami bagi tujuan penerimaan OTP dan TAC, sila ke mesin ATM CIMB yang berdekatan dan ikuti langkah berikut:-

  • Langkah 1 : Masukkan kad ATM/Debit anda berserta no PIN ATM
  • Langkah 2 : Pilih “Others” di Menu Utama
  • Langkah 3 : Pilih “CIMB Clicks” dan diikuti “TAC Registration”
  • Langkah 4 : Masukkan nombor baru telefon bimbit anda. Kemudian anda sepatutnya menerima resit/slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.

Terima kasih.





Comments

Popular posts from this blog

Mesin Terapi Alpha One Bios 9000 Untuk Pesakit Kronik

Sejak penubuhan Alpha One Marketing (M) Sdn Bhd pada 2005, orang ramai kian yakin dengan produk itu. Ini terbukti daripada sebuah pusat terapi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kini jumlah itu bertambah kepada 22 pusat terapi percuma di seluruh negara. Orang ramai percaya dan yakin dengan BIOS9000 keluaran Alpha One berbanding produk lain di pasaran yang turut menonjolkan identiti yang sama. Mesin BIOS 9000 kini dijual lebih 5,000 unit dan ia adalah pelaburan yang bijak dan berbaloi. Bagi suami isteri dari Shah Alam, Md Isyak Md Jah dan Zaiton Khatib, 73, mereka mengetahui mengenai BIOS 9000 di pusat terapi di Seksyen 3, Shah Alam selepas diperkenalkan rakan-rakan mengunjungi pusat itu sejak tahun lalu. Mereka mengunjungi pusat terapi itu setiap hari selama tiga bulan. "Memang ada perubahan ketara terutama isteri saya yang dahulunya sering mengalami bengkak sendi yang amat menyakitkan sehingga sukar berjalan. "Alhamdulillah, kini kesihatan kami semakin memuaskan.

Mesin Terapi Untuk Penyakit-Penyakit Kronik

Mungkin anda pernah dgr mesin terapi elektrik...sbb akhir2 ni banyak dipromosi di akhbar,internet dsb terutamanya yg berjenama sbb syarikat2 itu mampu menanggung kos pengiklanan yg mahal. Contohnya Al Jabbar, Alpha One dll. Mesin terapi elektrik ni sebenarnya sgt bagus utk penyakit2 yg berkaitan dgn pengaliran darah sbb dgn getaran sebanyak 6000v - 9000v sesaat mampu mengikis kotoran2 yg melekat pada salur darah spt plaque jadi darah kita dpt berjalan lancar utk membawa zat2 dan vitamin2 yg diperlukan oleh sel2 badan. Sbb itulah banyak testimony kita dgr dari pesakit2 diabetes,darah tinggi,kolestrol, stroke dsb sbb semua penyakit2 tu kebanyakannya berpunca dari saluran darah yg dah kotor atau tersumbat. Terapi elektrostatik membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, membantu merawat masalah saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, gout, parkinson, strok, batu karang dan sebagainya. Kini