Ini kali kedua aku menulis tentang blog. Perkara pertama yang aku tulis adalah bertajuk “ Tips untuk Blogger Malas “ . Sebelum aku mula berkongsi Cara Menaikkan Trafik Blog , aku ingin menyentuh sedikit tentang Kepentingan Menaikkan Trafik Blog . Apa tu trafik blog? Berdasarkan Kamus Dewan edisi-khas, trafik blog boleh didefinisikan sebagai pengungjung yang hadir ke blog ataupun dalam bahasa tamil selalu disebut sebagai Unique Visitors (UV). Aku percaya setiap blog yang wujud di muka bumi ini memerlukan pengunjung. Orang yang tak mahu pengunjung membaca blognya dinasihatkan untuk menulis diari. Jika nak lebih afdal, anda disarankan menulis wasiat… huhu…. Kelebihan apabila anda menaikkan trafik blog , blog tersebut secara tak langsung akan lebih dikenali ramai. Apabila blog anda menjadi semakin terkenal, ini akan menarik perhatian pegiklan untuk beriklan di blog anda. Pada tahap ini, anda boleh jadikan blog anda sebagai medium untuk menjana pendapatan. Bagaimana Cara Menaikkan