Skip to main content

Bandwidth Limit??

 


Assalamualaikum dan Hye

1.  Mesti korang ada mengeluh kan bila korang buka satu blog yang mungkin penting bagi korang.Tiba-tiba semasa tengah akses dia naik satu nota macam gambar di bawah

bandwidth limit exxeded
2.  Mesti tension kan.Kalau korang tension apatah lagi kalau tuan punya blog tu mesti bertambah-tambah tension sebab trafiknya boleh berkurang mendadak.Korang mesti nak tahu kan apa tu Bandwidth Limit Exeeded? jom baca di bawah ni.

   Maksud Bandwidth 

3. Bandwidth ialah kaedah yang digunakan bagi mengukur bilangan data dan maklumat yang dihantar oleh suatu laman web ataupun sesebuah jaringan dalam satu tempoh yang tertentu.

4. Bandwidth biasanya diukur dalam unit Bit/second

5. Bagi sesuatu blog pula bandwidth bermaksud jumlah data blog korang dihantar keluar oleh server ke komputer pembaca.

     Apa jadi kalau Bandwidth terlebih limit yang ditetapkan

5. Jika Bandwidth korang sudah terlebih limit maka laman web korang tidak dapat diakses lagi sehingga sampai Bandwidth korang direset semula pada bulan seterusnya atau korang memohon untuk menambah jumlah Bandwidth Limit korang

     Contoh cara kiraan Bandwidth korang 

6. Katakan blog korang saiznya 1Mb.Dalam sehari laman web korang diakses mungkin dalam 100 orang atau lebih .

7.  Jumlah data yang dihantar kepada seorang pembaca untuk mengakses blog anda ialah 1Mb jika 100 orang jumlah itu akan menjadi 100Mb bagi 100 pelawat tidak termasuk bilangan entri yang dibaca.

      Faktor Bandwidth habis

8.  Bila korang menulis post baru.Apabila korang menulis satu post baru bermakna korang telah menambah saiz blog korang.

9.  Pengunjung memberikan komen kepada entri entri korang.

10.  Bila pengunjung membaca entri entri korang.Semakin banyak pengunjung datang semakin banyak data yang dihantar keluar oleh server korang.

11.  Berlaku hotlinking ataupun kecurian bandwidth.Tak tahu apa tu hotlinking? contohnya korang copy gambar dari sebuah blog dan terus masukkan ke dalam post korang tanpa memuat turun ke PC korang dahulu korang sebenarnya telah mencuri bandwidth mereka.

sudah fahamkan korang tentang bandwidth ni.Aku sekadar berkongsi maklumat semoga bermanfaat untuk semua
                           
thanks reading

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Terapi Alpha One Bios 9000 Untuk Pesakit Kronik

Sejak penubuhan Alpha One Marketing (M) Sdn Bhd pada 2005, orang ramai kian yakin dengan produk itu. Ini terbukti daripada sebuah pusat terapi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kini jumlah itu bertambah kepada 22 pusat terapi percuma di seluruh negara. Orang ramai percaya dan yakin dengan BIOS9000 keluaran Alpha One berbanding produk lain di pasaran yang turut menonjolkan identiti yang sama. Mesin BIOS 9000 kini dijual lebih 5,000 unit dan ia adalah pelaburan yang bijak dan berbaloi. Bagi suami isteri dari Shah Alam, Md Isyak Md Jah dan Zaiton Khatib, 73, mereka mengetahui mengenai BIOS 9000 di pusat terapi di Seksyen 3, Shah Alam selepas diperkenalkan rakan-rakan mengunjungi pusat itu sejak tahun lalu. Mereka mengunjungi pusat terapi itu setiap hari selama tiga bulan. "Memang ada perubahan ketara terutama isteri saya yang dahulunya sering mengalami bengkak sendi yang amat menyakitkan sehingga sukar berjalan. "Alhamdulillah, kini kesihatan kami semakin memuaskan.

Mesin Terapi Untuk Penyakit-Penyakit Kronik

Mungkin anda pernah dgr mesin terapi elektrik...sbb akhir2 ni banyak dipromosi di akhbar,internet dsb terutamanya yg berjenama sbb syarikat2 itu mampu menanggung kos pengiklanan yg mahal. Contohnya Al Jabbar, Alpha One dll. Mesin terapi elektrik ni sebenarnya sgt bagus utk penyakit2 yg berkaitan dgn pengaliran darah sbb dgn getaran sebanyak 6000v - 9000v sesaat mampu mengikis kotoran2 yg melekat pada salur darah spt plaque jadi darah kita dpt berjalan lancar utk membawa zat2 dan vitamin2 yg diperlukan oleh sel2 badan. Sbb itulah banyak testimony kita dgr dari pesakit2 diabetes,darah tinggi,kolestrol, stroke dsb sbb semua penyakit2 tu kebanyakannya berpunca dari saluran darah yg dah kotor atau tersumbat. Terapi elektrostatik membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, membantu merawat masalah saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, gout, parkinson, strok, batu karang dan sebagainya. Kini

CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

  CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER (OCTOSAVERS-i) Tahukah anda, nak buka akaun bank CIMB boleh buat online saja tanpa bersusah-susah ke kaunter cawangan CIMB. Ini sememangnya amat memudahkan, terutamanya apabila kita dalam tempoh PKP ni. Kadangkala ramai orang di bank sampai terpaksa beratur panjang sebab nak ikut SOP kan. Jadi, bagi anda yang nak buka akaun, boleh ikuti bagaimana saudari  Shelly Jimet buka akaun bank CIMB secara maya dan kad bank akan terus dihantar ke rumah. Tak perlu lagi bersesak di luar nanti! Cara Buka Akaun CIMB Secara Online (Akaun Personal) Korang tau tak cimb sekarang offer buka akaun secara dalam talian. Dengan simpanan rm20 jer. Saya dah dapat kad bank CIMB saya! Sorry saya bukan pekerja CIMB. Ikut step ni ja. PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN ATAS TALIAN CIMB (OCTOSAVERS ACCOUNT-i) CIMB menawarkan OctoSavers Account-i di mana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke alamat anda di Malaysia yang berdaftar. Syarat Kelay