Skip to main content

8 Faktor Pemilik Bisnes Di Malaysia Tewas Awal Di Dalam Perniagaan

irfan khairi

Satu perkembangan menarik di Malaysia apabila setiap tahun, lahir ramai usahawan berpendapatan tinggi tanpa mengira usia. Kisah kejayaan mereka banyak dipaparkan di media-media tempatan.

Contohnya….

“Menjadi jutawan Internet pada usia 25 tahun.”

“Usahawan kosmetik mencapai status jutawan pada usia 21 tahun.”

“Pengusaha butik fesyen wanita catat jualan RM 430,000 sebulan.”

Banyak lagi kisah kejayaan seperti di atas menjadi topik bualan di kalangan pemilik bisnes.
Di sebalik kisah tersebut, ramai juga yang gagal. Lambakan testimoni kejayaan yang dipaparkan media menyebabkan ramai membuat kesimpulan menceburi perniagaan ialah satu jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Hakikatnya, di sebalik kejayaan seorang usahawan, terdapat 100 lagi kisah kegagalan ‘disembunyikan.’
Kali ini, kami senaraikan 8 faktor utama pemilik bisnes di Malaysia tewas awal di dalam perniagaan. Faktor-faktor ini bukan mahu menakut-nakutkan pemilik bisnes, tetapi ia sesuai dijadikan panduan supaya risiko kegagalan awal dapat diminimakan.

#1 – Semangat palsu

Banyak pemain baru menceburi bidang perniagaan atas semangat untuk memiliki simbol mewah semata-mata. Motivasi mereka terletak pada kejayaan memiliki simbol-simbol tersebut. Apabila mereka berusaha bertahun-tahun dan masih gagal memiliki simbol tersebut, mereka cepat putus asa.
Pemilik bisnes seperti ini meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan bisnes mereka. Salah satu contoh tingkah laku mereka ialah, mereka menghabiskan sebahagian besar duit keuntungan syarikat untuk membeli simbol-simbol mewah supaya kelihatan kaya dari sudut luaran. Pada masa yang sama, kantung syarikat mereka miskin.

#2 – Tidak cukup ilmu bisnes

Ilmu bisnes yang betul bakal mempengaruhi cara membuat keputusan dan mengurus sesuatu bisnes. Terjun tanpa ilmu ibarat memperjudikan nasib. Banyak pemain baru lebih ghairah melaburkan modal puluhan ribu untuk memulakan bisnes daripada menghabiskan RM 100 untuk membeli buku-buku bisnes yang ditulis oleh pakar industri.
Dengan ilmu, risiko untuk duit hangus dapat diminimakan. Banyak kisah tragis yang berlaku akibat jahil bisnes seperti….
“Seorang guru kerugian duit pinjaman peribadi sebanyak RM 70,000 apabila butik pengantin yang dibuka tidak mendapat sambutan.”
“Seramai 50 peniaga mendakwa kerugian RM1.5 juta selepas ditipu sebuah syarikat yang menawarkan skim francais kedai serbaneka sejak setahun lalu.”
Di dalam dunia bisnes, ada golongan tertentu suka mengambil kesempatan terhadap golongan yang baru berjinak-jinak di dalam bisnes. Semakin kurang ilmu orang tersebut, semakin mudah untuk diperdayakan mereka.

#3 – Gelojoh membuat keputusan

Gelojoh di dalam membuat keputusan menyebabkan banyak tindakan awal yang tidak mengikut logik bisnes dilakukan. Pemilik bisnes seperti ini lazimnya membuat keputusan atas dasar ‘sangkaan yang baik-baik sahaja’. Lazimnya, keputusan ini di bawah pengaruh emosi ‘over-excited’.
tidak berani
Sebagai contoh, Puan Kasidah (bukan nama sebenar) yang tidak pernah ada pengalaman berniaga menghabiskan RM 30,000 untuk membeli stok sebanyak 3000 helai tudung. Jika dilihat daripada pengalaman, Puan Kasidah tidak pernah menjual hatta 100 helai sekalipun. Jangkaan Puan Kasidah, semua 3000 helai tudung itu akan laku keras.
Tindakan ini lazimnya didorong apabila melihat ada pemilik bisnes lain berjaya menjual jumlah yang sama dengan mudah. Kesilapan di sini ialah, Puan Kasidah hanya lihat hasil akhir. Beliau tidak melihat proses awal yang dilalui oleh pemilik bisnes tersebut. Perlu juga lihat faktor-faktor lain seperti pengalaman, lokasi, jumlah bajet pemasaran, tenaga kerja dan lain-lain. Proses meniru orang berjaya tidak hanya berdasarkan hasil akhir mereka, sebaliknya bermula dari proses awal.

#4 – Memulakan bisnes dengan duit pinjaman

Menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk memulakan bisnes akan meletakkan pemilik di dalam situasi tertekan. Fokus mereka bukan lagi untuk mengembangkan bisnes, sebaliknya membayar hutang.
Ini menyebabkan wujud satu lagi ‘cabang tekanan’ yang tidak perlu pemilik bisnes tanggung pada peringkat awal. Duit pinjaman lazimnya digunakan untuk mengembangkan bisnes yang sudah stabil, bukan untuk memulakan bisnes.

#5 – Menyamakan wang bisnes dengan wang peribadi

Tidak tahu membezakan wang bisnes dan wang peribadi menyebabkan bisnes lebih mudah pancit awal.  Tindakan ini ibarat ‘mencuri’ wang syarikat sendiri.
Apabila tiba saat jualan merudum dan syarikat memerlukan bajet tambahan untuk pemasaran, duit syarikat tidak cukup. Wang yang ‘dicuri’ itu pula sudah habis dibelanjakan atas keperluan dan kehendak peribadi.
Teringat pesanan Pengasas Empayar Syed Bistro, Tuan Syed Kadir apabila ditemubual oleh Tim Majalah Niaga tempoh hari, “Jika untung RM 1000, guna RM 100 sahaja. Bakinya simpan dan sampai masa laburkan balik untuk kembangkan bisnes. Ini cara jika mahu berniaga lama berpuluh-puluh tahun sampai jadi legasi.”

#6 – Jangkaan palsu

Peringkat awal memulakan bisnes, sebahagian pemilik mengalami situasi ‘beginner’s luck’ iaitu jualan produk laku di luar jangkaan. Contohnya, sasaran awal jualan sebanyak RM 4000 meningkat drastik kepada RM 10,000 sebulan.
Ini adalah situasi biasa berlaku apabila menjual sesuatu produk yang menjadi ‘trend’. Walaupun dengan menggunakan satu saluran pemasaran dengan bajet yang minima, ia mampu menghasilkan jualan yang jauh melebihi sasaran awal.
Banyak pemilik bisnes yang mengalami situasi ini menjangkakan fenomena ‘jualan lebat’ ini akan berterusan hingga ke bulan-bulan seterusnya sehingga banyak duit dihabiskan kepada produk semata-mata.
Apabila graf ‘trend’ produk itu mula menurun, dan tiba masanya syarikat perlu menambah produk baru atau mengembangkan saluran pemasaran, duit di dalam kantung syarikat tidak mencukupi. Produk lama pula masih banyak yang belum dijual. Permintaan semakin lama semakin menurun. Lama kelamaan bisnes terpaksa ditutup.

#7 – Tidak berani mengambil staf

mindvalley hq
Sebahagian bisnes kecil dan sederhana tidak berani mengambil staf atas 2 sebab:
 
i. Isu kepercayaan.
Apabila bisnes sudah berjalan lancar, mereka tidak berani menyerahkan sebahagian tugas mereka kepada staf kerana takut berlaku kes pecah amanah dan ‘rahsia-rahsia keuntungan mereka terdedah’.
Tindakan ini tiada kaitan dengan kepentingan bisnes. Jika diperhatikan, bisnes yang berkembang baik pada hari ini mempunyai ratusan malah ribuan staf yang bekerja membangunkan syarikat. Syarikat seperti ini juga tidak merahsiakan perolehan syarikat kepada semua warga kerja. Tidak mungkin bisnes itu boleh bertukar menjadi empayar gergasi jika di dalam pejabatnya itu hanya ada pemilik bisnes dan tukang sapu sahaja bertugas.
Pemilik bisnes yang berjaya pada hari ini mereka tidak takut menghadapi isu-isu pengkhianatan di dalam bisnes. Mereka faham sistem delegasi kerja yang mantap amat penting untuk bisnes berkembang. Oleh itu, mereka belajar bagaimana  mahu mengurus kepercayaan sesama rakan kongsi dan staf supaya kes-kes negatif dapat diurus dengan baik.
 
ii. Isu kos.
Tidak dinafikan mengambil staf melibatkan kos yang tinggi. Bayaran KWSP dan Socso juga perlu diambil kira. Tidak hairan sebahagian pemilik bisnes yang sudah berjaya pada hari ini sanggup memperuntukkan gaji bulanan lebih kecil daripada gaji staf pada peringkat awal memulakan bisnes. Mereka sanggup mengikat perut supaya mereka dapat membayar tenaga mahir.
Dengan ini, mereka dapat fokus untuk mengembangkan bisnes daripada masih membuat kerja-kerja teknikal. Banyak bisnes bungkus awal disebabkan terlalu berkira untuk mengambil tenaga pakar yang terbaik di pasaran. Pada masa yang sama, tidak pula mereka berkira jika duit itu digunakan untuk memenuhi kehendak peribadi seperti membayar wang pendahuluan kereta mewah, membeli gajet-gajet terkini dan lain-lain yang tiada kaitan dengan kepentingan dan survival bisnes.

#8 – Tidak membuat perancangan spesifik

Bisnes tanpa perancangan ibarat sampan tanpa pendayung. Sebagai contoh, Encik Sirul (bukan nama sebenar) mula berjinak-jinak dengan menjadi pemborong baju kanak-kanak. Encik Sirul mensasarkan jualan tahun pertama sebanyak 200,000 helai. Namun, tiada perancangan spesifik yang dibuat oleh ahli pasukan En Sirul. Angka 200,000 itu tidak akan datang dengan keajaiban.
Salah satu contoh perancangan yang tidak dibuat ialah, En Sirul tidak membuat saringan awal seperti pecahan jualan setiap wakil negeri atau daerah yang perlu dicapai dalam masa setahun. Pecahan-pecahan jualan lebih kecil juga tidak dilakukan seperti sasaran jualan setiap bulan, setiap hari atau setiap jam. Malah, berapa wakil jualan yang perlu dilantik untuk mencapai sasaran jualan juga tidak dianalisa.
Ini salah satu sebab sebahagian pemilik bisnes tempatan masih terkial-kial walaupun sudah lama berniaga. Semua analisa kekuatan tenaga kerja dan angka-angka sasaran hanya bermain-main di dalam kepala. Ia tidak dikaji, ditapis dan direalisasikan terlebih dahulu di atas kertas.

Ilmu Bisnes – Senjata Ampuh Elak Gagal

Salah satu cara ampuh untuk meminimakan risiko kegagalan di kalangan pemilik bisnes ialah dengan berguru. Ilmu bisnes yang betul akan memandu setiap pemilik bisnes supaya tidak membuat kesilapan-kesilapan besar.
Ini adalah maklumat yang kami perolehi daripada blog HidupRingkas.com.
“Data daripada kajian yang dijalankan terhadap para usahawan kecil dan sederhana di Australia menunjukkan 70% daripada usahawan yang mempunyai mentor berjaya mengharungi perniagaan mereka melepasi tempoh 5 tahun.”
Data ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan mentor bagi memastikan sesuatu bisnes itu bertahan lama. Secara asasnya, terdapat 3 cara menuntut ilmu bisnes.
i. Bekerja di dalam industri.
Bekerja untuk belajar, bukan sekadar mahu menerima gaji. Sebagai contoh, jika anda mempunyai keinginan untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak, cara mudah untuk anda memahami permainan bisnes ini ialah dengan cara bekerja dengan pemilik pusat penjagaan kanak-kanak yang sudah berjaya dan mampu bertahan lama di dalam industri.
staf bekerja
Bekerja bertahun-tahun tidak mengapa, asalkan anda dapat belajar, faham dan kuasai apa ‘resepi’ sebuah perniagaan pusat penjagaan kanak-kanak yang berjaya.
 
ii. Buku.
Baca buku-buku bisnes yang ditulis oleh pakar industri. Buku-buku ini boleh didapati di kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya dan lain-lain. Buku-buku ini sesuai dibaca kerana ia ditulis oleh pakar yang bergelumang sendiri di dalam bisnes, bukan ditulis berdasarkan kajian tanpa praktis atau teori semata-mata.
 
iii. Memilih guru bisnes.
Walaupun tidak berpeluang bekerja dengan mereka, anda boleh hadir mana-mana majlis ilmu yang mengumpulkan pemain-pemain di dalam industri. Di sini anda boleh menawarkan diri untuk menjadi anak murid kepada pengusaha bisnes yang sudah berjaya. Pilih guru yang sudah menempa kejayaan bisnes di pasaran terbuka. Banyak ilmu bisnes tulen yang anda boleh kutip dan hadam daripada mereka.
Ketiga-tiga cara ini mampu mengubah anda daripada seorang yang jahil kepada celik bisnes. Mudah mudahan dengan ilmu yang ada, kes-kes pilu di dalam dunia bisnes semakin berkurang
 

Comments

Popular posts from this blog

Mesin Terapi Alpha One Bios 9000 Untuk Pesakit Kronik

Sejak penubuhan Alpha One Marketing (M) Sdn Bhd pada 2005, orang ramai kian yakin dengan produk itu. Ini terbukti daripada sebuah pusat terapi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kini jumlah itu bertambah kepada 22 pusat terapi percuma di seluruh negara. Orang ramai percaya dan yakin dengan BIOS9000 keluaran Alpha One berbanding produk lain di pasaran yang turut menonjolkan identiti yang sama. Mesin BIOS 9000 kini dijual lebih 5,000 unit dan ia adalah pelaburan yang bijak dan berbaloi. Bagi suami isteri dari Shah Alam, Md Isyak Md Jah dan Zaiton Khatib, 73, mereka mengetahui mengenai BIOS 9000 di pusat terapi di Seksyen 3, Shah Alam selepas diperkenalkan rakan-rakan mengunjungi pusat itu sejak tahun lalu. Mereka mengunjungi pusat terapi itu setiap hari selama tiga bulan. "Memang ada perubahan ketara terutama isteri saya yang dahulunya sering mengalami bengkak sendi yang amat menyakitkan sehingga sukar berjalan. "Alhamdulillah, kini kesihatan kami semakin memuaskan.

Mesin Terapi Untuk Penyakit-Penyakit Kronik

Mungkin anda pernah dgr mesin terapi elektrik...sbb akhir2 ni banyak dipromosi di akhbar,internet dsb terutamanya yg berjenama sbb syarikat2 itu mampu menanggung kos pengiklanan yg mahal. Contohnya Al Jabbar, Alpha One dll. Mesin terapi elektrik ni sebenarnya sgt bagus utk penyakit2 yg berkaitan dgn pengaliran darah sbb dgn getaran sebanyak 6000v - 9000v sesaat mampu mengikis kotoran2 yg melekat pada salur darah spt plaque jadi darah kita dpt berjalan lancar utk membawa zat2 dan vitamin2 yg diperlukan oleh sel2 badan. Sbb itulah banyak testimony kita dgr dari pesakit2 diabetes,darah tinggi,kolestrol, stroke dsb sbb semua penyakit2 tu kebanyakannya berpunca dari saluran darah yg dah kotor atau tersumbat. Terapi elektrostatik membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, membantu merawat masalah saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, gout, parkinson, strok, batu karang dan sebagainya. Kini

CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

  CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER (OCTOSAVERS-i) Tahukah anda, nak buka akaun bank CIMB boleh buat online saja tanpa bersusah-susah ke kaunter cawangan CIMB. Ini sememangnya amat memudahkan, terutamanya apabila kita dalam tempoh PKP ni. Kadangkala ramai orang di bank sampai terpaksa beratur panjang sebab nak ikut SOP kan. Jadi, bagi anda yang nak buka akaun, boleh ikuti bagaimana saudari  Shelly Jimet buka akaun bank CIMB secara maya dan kad bank akan terus dihantar ke rumah. Tak perlu lagi bersesak di luar nanti! Cara Buka Akaun CIMB Secara Online (Akaun Personal) Korang tau tak cimb sekarang offer buka akaun secara dalam talian. Dengan simpanan rm20 jer. Saya dah dapat kad bank CIMB saya! Sorry saya bukan pekerja CIMB. Ikut step ni ja. PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN ATAS TALIAN CIMB (OCTOSAVERS ACCOUNT-i) CIMB menawarkan OctoSavers Account-i di mana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke alamat anda di Malaysia yang berdaftar. Syarat Kelay