Skip to main content

21 Tips Bisnes Ainon Mohd




Ainon Muhammad @ Ainon Mohd. adalah seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd. (wiki)



1. Dalam minda orang berniaga, masalah adalah peluang, tetapi… bukan semua masalah adalah peluang. Cari masalah yang orang sanggup bayar untuk diselesaikan.

2. Perniagaan, skill & minda perlu berkembang seiringan. Terutama, skill & minda menguruskan duit-duit besar. Tanda minda bersedia dengan duit besar, adalah apabila kita sudah mula memandang sesuatu angka itu dengan pandangan yang kecil.

Contohnya… - masa mula berniaga dulu, kita pandang 4 angka besar, tapi sekarang, 4 angka tu macam celah gigi je..

- kemudian, mula pandang 6 angka besar, kemudian beberapa tahun, sudah biasa dan nampak 6 angka tu kecil sahaja.. begitulah seterusnya.

Kalau sudah 10 tahun masih nampak 4 angka itu masih besar, maka, minda & perniagaan kita sebenarnya masih belum bersedia untuk berkembang. Perkara ini penting, sebab, selagi kita nampak 4 angka besar, maka, kita tidak akan berani untuk “keluar modal lebih besar” atau “meletakkan harga lebih tinggi” kepada produk kita.

3. Apabila mahu memulakan perniagaan, wang bukanlah satu-satunya modal yang diperlukan dan boleh digunapakai. Ada 4 lagi jenis modal yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan. iaitu..

- modal sosial (network)
- modal insan (kemahian)
- modal kredibiliti / reputasi
- modal personaliti

4. Jangan sesekali mulakan bisnes dengan hutang. Kalau jatuh, 2 kali tenggelam.

5. Mulakan dengan apa yang ada ditangan ( lihat 4 modal diatas).

6. Mulakan dengan perniagaan berbentuk servis. Sebab ianya lebih mudah, kurang modal tetapi untung tinggi.

7. Tetapi, fokus kepada memberi servis kepada orang kaya.

8. Sebab, orang kaya adalah orang yang sangat “cerewet tetapi mampu membayar”.

9. Dari situ, kita akan banyak belajar tentang “customer service”.

10. Apabila “customer service” mantap, maka mudah untuk perniagaan berkembang. Malah apabila kita memberikan servis kepada “orang yang kurang kaya” pula, mereka akan merasakan servis kita adalah servis yang terbaik!.

11. Namun begitu, jangan buat lama-lama “perniagaan servis”, maksimum 4 tahun. Selepas itu, perlu buat perniagaan berbentuk trading.

12. Jadi trader. Bukan seller atau creator (pengeluar).

13. Skill trader adalah “skill membeli & menjual”. Skill membeli bermaksud, skill memilih barang, skill mencari barang, skill negotiate dengan pembekal dan sebagainya.

14. Nabi belajar berniaga secara berkuli (apprentice) dengan bapa saudaranya Abu Talib.

15. Pada umur 18 tahun, beliau sudah mampu untuk menguruskan perniagaan sendiri.

16. Dengan bantuan mentornya (Abu Talib), beliau diperkenalkan dengan Siti Khadijah sebagai pemodal & rakan kongsi perniagaannya.

17. Nabi tidak mencari rakan kongsinya sendiri atau memilih sahabat-sahabatnya sebagai rakan kongsi. Abu Bakar adalah rakan karib nabi, tetapi nabi tidak memilihnya sebagai rakan kongsi.

18. Nabi menjadi jutawan selepas 7 tahun menjalankan perniagaan secara fulltime. Ini kerana, ada riwayat yang mengatakan, semasa nabi berkahwin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun, beliau memberikan hantaran 20 ekor unta (Jika dinilai pada zaman ini, ianya sama dengan nilai 20 barang dagangan kontena).

19. Sebelum menjual apa-apa barang, kenali terlebih dahulu pasaran. Itulah dikatakan oleh Abdul Rahman Bin Auf ketika dia sampai ke Madinah dengan sehelai sepinggang. “Tunjukkan aku dimana pasar?”

20. Nabi menjual barang keperluan dengan harga patut. Barang keperluan selalunya margin keuntungan rendah tetapi mampu dijual dengan kadar yang banyak. Harga patut pula bukanlah bermaksud “harga murah”, ianya bermaksud “harga pasaran”. Contoh musim raya, kuih jadi mahal, lepas raya turun harga.

21. Apabila memilih produk untuk dijual, jangan tertipu dengan faktor “margin tinggi” pada produk. Komisyen menjual ferrari adalah RM15,000, tetapi berapa banyak ferrari boleh dijual?

Banyak lagi tips sebenarnya tips bisnes yang saya perolehi semalam, tetapi, memandangkan tajuk post ini 21 Tips, maka saya berhentilah dulu sampai disini.

Insyallah, mungkin rakan-rakan yang lain yang turut hadir pada sesi perjumpaan semalam, boleh juga kongsikan tips-tips lain di ruangan komen dibawah..

Sekian, semoga sedikit tips ini dapat memberikan manfaat





Tips tips lain yang mungkin anda minati:


Comments

  1. setuju dengan menjual pada harga yang 'patut' - terlalu rendah tanda peniaga tak bangga dengan produk yang dijual :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mesin Terapi Alpha One Bios 9000 Untuk Pesakit Kronik

Sejak penubuhan Alpha One Marketing (M) Sdn Bhd pada 2005, orang ramai kian yakin dengan produk itu. Ini terbukti daripada sebuah pusat terapi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kini jumlah itu bertambah kepada 22 pusat terapi percuma di seluruh negara. Orang ramai percaya dan yakin dengan BIOS9000 keluaran Alpha One berbanding produk lain di pasaran yang turut menonjolkan identiti yang sama. Mesin BIOS 9000 kini dijual lebih 5,000 unit dan ia adalah pelaburan yang bijak dan berbaloi. Bagi suami isteri dari Shah Alam, Md Isyak Md Jah dan Zaiton Khatib, 73, mereka mengetahui mengenai BIOS 9000 di pusat terapi di Seksyen 3, Shah Alam selepas diperkenalkan rakan-rakan mengunjungi pusat itu sejak tahun lalu. Mereka mengunjungi pusat terapi itu setiap hari selama tiga bulan. "Memang ada perubahan ketara terutama isteri saya yang dahulunya sering mengalami bengkak sendi yang amat menyakitkan sehingga sukar berjalan. "Alhamdulillah, kini kesihatan kami semakin memuaskan.

Mesin Terapi Untuk Penyakit-Penyakit Kronik

Mungkin anda pernah dgr mesin terapi elektrik...sbb akhir2 ni banyak dipromosi di akhbar,internet dsb terutamanya yg berjenama sbb syarikat2 itu mampu menanggung kos pengiklanan yg mahal. Contohnya Al Jabbar, Alpha One dll. Mesin terapi elektrik ni sebenarnya sgt bagus utk penyakit2 yg berkaitan dgn pengaliran darah sbb dgn getaran sebanyak 6000v - 9000v sesaat mampu mengikis kotoran2 yg melekat pada salur darah spt plaque jadi darah kita dpt berjalan lancar utk membawa zat2 dan vitamin2 yg diperlukan oleh sel2 badan. Sbb itulah banyak testimony kita dgr dari pesakit2 diabetes,darah tinggi,kolestrol, stroke dsb sbb semua penyakit2 tu kebanyakannya berpunca dari saluran darah yg dah kotor atau tersumbat. Terapi elektrostatik membantu untuk melancarkan sistem peredaran darah, membantu merawat masalah saluran darah tersumbat yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, gout, parkinson, strok, batu karang dan sebagainya. Kini

CARA BUKA AKAUN CIMB ONLINE

  CARA BUKA AKAUN CIMB SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER (OCTOSAVERS-i) Tahukah anda, nak buka akaun bank CIMB boleh buat online saja tanpa bersusah-susah ke kaunter cawangan CIMB. Ini sememangnya amat memudahkan, terutamanya apabila kita dalam tempoh PKP ni. Kadangkala ramai orang di bank sampai terpaksa beratur panjang sebab nak ikut SOP kan. Jadi, bagi anda yang nak buka akaun, boleh ikuti bagaimana saudari  Shelly Jimet buka akaun bank CIMB secara maya dan kad bank akan terus dihantar ke rumah. Tak perlu lagi bersesak di luar nanti! Cara Buka Akaun CIMB Secara Online (Akaun Personal) Korang tau tak cimb sekarang offer buka akaun secara dalam talian. Dengan simpanan rm20 jer. Saya dah dapat kad bank CIMB saya! Sorry saya bukan pekerja CIMB. Ikut step ni ja. PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN ATAS TALIAN CIMB (OCTOSAVERS ACCOUNT-i) CIMB menawarkan OctoSavers Account-i di mana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke alamat anda di Malaysia yang berdaftar. Syarat Kelay