Ada pelbagai cara untuk menambahkan trafik ke laman web. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu bagaimana hendak melakukannya. Ini kerana terdapat pelbagai cara. Disebabkan terlalu banyak cara, ianya akan mengambil masa untuk melaksanakan semuanya. Antara cara-cara yang popular, adalah seperti mana berikut;
1. Melawat forum-forum di malaysia, dan memberikan komen di forum-forum tersebut. Kemudian menyatakan alamat laman web yang hendak di perkenalkan. Kebanyakan forum -forum mempunyai bahagian signature. Dengan mengubah signature kepada alamat laman web, akan membolehkan pelawat mengklik lama web tersebut. Ini akan memberikan lama web anda beberapa pengunjung daripada forum tersebut. Walaubagaimanapun anda harus memilih forum yang sememangnya ramai pelawat.
2. Ada yang berkata dengan melawat blog-blog lain. Walaubagaimanapun ini juga menyebabkan pelbagai masalah dari segi masa. Bayangkan anda perlu melawat 100 blog yang lain. Dan anda perlu meninggalkan link dalam komen. ia amat memenatkan. Cara ia berfungsi adalah pelawat blog tersebut akan click kepada alamat laman web yang anda tinggalkan di dalam blog tersebut. Kemudian ia akan membawa pelawat blog tersebut ke laman web anda.
3. Mendaftar lama web anda dengan enjin carian seperti google, search-malaysia.aisbird.com , yahoo dan bing. Caranya dengan submit sitemap ke laman google. Ini akan memudahkan pihak google menyenaraikan alamat laman web anda dengan lebih cepat. Selain itu anda perlulah mengubah suai meta tag dan melakukan sedikit konfigurasi SEO bagi menjamin laman web anda mendapat kedudukan teratas dalam senarai google search.
4. Sekiranya anda mampu membayar dengan sejumlah wang anda boleh menggunakan google adword. Atau anda juga boleh melanggan iklan di facebook. Atau anda boleh melanggan iklan di laman laman web malaysia yang terkenal atau banyak trafik. Walaubagaimanapun mengikut pengalaman saya sendiri , kebanyakan iklan berbayar adalah merugikan kerana apa yang di iklankan dengan apa yang dihasilkan pula tidak setimpal. Melainkan jika anda terjumpa laman web yang memberikan harga paling rendah tetapi menjadikan traffic yang tinggi.
Comments
Post a Comment