Dunia pemasaran affiliate tidak memerlukan anda untuk memiliki laman web sendiri, tidak perlu berurusan dengan pelanggan, pulangan wang dan bermacam-macam lagi perkara yang sememangnya memeningkan kepada.
Tetapi, ianya merupakan cara termudah untuk memasuki dunia IM dan menjana pendapatan sendiri. Ingat, RM 1 yang pertama di internet amat penting.
Jika anda sudah mula menjana pendapatan di internet, tentu sahaja anda ingin terus menggandakan pendapatan anda bukan? Tetapi bagaimana?
Cara 1: cari produk terbaik untuk anda promosi. Biasanya, affiliater suka untuk
mempromosikan produk yang memberikan pulangan besar dalam masa yang singkat.
Bebarapa faktor perlu diambil kira dalam memilih program affiliate. Pilih produk yang mempunyai struktur komisyen yang baik seperti cara pembayaran minimum jualan diperlukan.
Anda juga perlukan laman affiliate yang menunjukkan dengan jelas sama ada jualan telah dibuat, pembayaran telah dibuat atau belum dan juga semestinya pembayaran tersebut sampai kepada anda.
Jika tidak, cari sahaja program affiliate yang lain. Buat rugi sahaja jika anda bersusah payah mempromosikan produk tetapi anda tidak bayar setimpal dengan hasil anda.
Contohnya macam program PPL Justin Michie. Ramai IM yang turut serta dalam PPL tersebut. USD1 untuk setiap lead. Banyak tu. Tetapi Justin Michie pula mempermainkan affiliaternya. Bermacam masalah timbul.
Komisyen tidak direkodkan dan akhirnya affiliater Malaysia tidak dibayar untuk setiap lead yang dibuat.
Cara Kedua: Kumpulkan Mailing List Daripada Prospek
Ini juga cara yang mudah. Tetapi perlaksanaannya pula perlukan komitmen yang tinggi. Bagaimana untuk mendapatkan email prospek? Tentu sahaja dengan squeeze page. Apa pula nak diletakkan dalam squeeze page tersebut?
Anda boleh sediakan satu laporan khas berkaitan ebook atau produk
yang anda promosikan. Edarkannya menggunakan squeeze page yang anda bina sendiri. Dengan cara ini, anda dapat keep in touch dengan prospek anda.
Bukan sahaja untuk produk tersebut sahaja, tetapi juga untuk produk-produk akan datang. Ha, sambil menyelam minum air . Promosi Rahsia Affiliate Kerajaan juga menggunakan teknik ini. teknik ini penting untuk menanam cookies.
Tetapi,promosi cara sebegini perlu dibuat awal. Bukannya ketika produk sudah berminggu berada dipasaran. Kalau tidak, buat penat sahajalah tanam cookies.
Jangan lupa untuk dapatkan autoresponder berbayar. Jangan gunakan autoreponder percuma. Banyak risikonya.
Cara Ketiga: Pilih Program Affiliate Yang Memberikan Komisyen Berterusan
Program sebegini tidak banyak di Malaysia. Biasanya produk yang dijual adalah ebook yang hanya dibeli sekali sahaja. Pembeli tidak akan membuat pembelian berulang untuk produk yang sama.
Program affiliate yang menawarkan komisyen berterusan ini biasanya seperti perkhidmatan.
Contohnya autoresponder. Setiap bulan, pelanggan mesti membayar untuk terus melanggan autoresponder. Jangan tak tahu pula, kebanyakan pemilik autoresponder menawarkan program
affiliate untuk autoresponder mereka.
Katakanlah komisyen affiliate untuk autoresponder adalah
USD6. Anda berjaya mendapatkan seorang pelanggan yang melanggan autoreponder tersebut.
Setahun anda dapat USD6 X 12 = USD 72. Bagaimana jika anda mendapat 10 pelanggan dalam setiap bulan? Pendapatan anda USD60 setiap bulan dan jumlah untuk berganda berdasarkan pelanggan yang berjaya anda dapatkan! Lebih bagus daripada program piramid yang pasaran akan tepu apabila
cukup downline.
Cara Keempat: Cadangkan Produk Dalam Promosi Anda
Recommendation atau cadangan adalah antara elemen terpenting dalam melakukan promosi.
Semakin panjang ayat cadangan anda, semakin tinggi peluang untuk melakukan jualan. Hal ini berkaitan dengan psikologi semua manusia iaitu kagum, malas, terdesak.
Apabila ayat cadangan anda memberi pelanggan anda satu peluang untuk mereka berubah, mereka akan kagum dan mungkin akan melakukan pembelian.
Apabila ayat cadangan anda panjang, mereka yang memang ingin membeli akan menganggap bahawa produk tersebut mempunyai potensi yang jelas dan mungkin terus melakukan pembelian. Begitu juga dengan terdesak.
Tiada lagi senjata yang lebih hebat dalam promosi selain menulis ayat cadangan yang hebat dan menggoda. Walaupun anda melakukan pengiklanan PPC dan banner, anda tetap akan menggunakan
ayat cadangan untuk menarik pembaca untuk klik pada iklan anda.
Apakah ayat cadangan?
Ayat cadangan bagi saya adalah ayat yang bersifat memaksa dalam senyap. Contoh ayat cadangan
adalah seperti berikut:
Anda ingin kekal menawan? Klik Sini.
Dari ayat cadangan di atas, anda sedang menarik perhatian mereka yang berbadan besar. Sudah tentu mereka ingin kurus. Bagaimana? Sudah tentu mereka perlu mengikut arahan anda iaitu klik
sini.
Ini biasanya digunakan dalam penghantaran email dan juga pemasaran artikel. Penulis akan menceritakan masalah yang mereka hadapi seperti ini;
Saya tak ada masa nak berjoging. Ye la, kerja dari pagi sampai malam. Tapi saya dah jumpe satu rahsia macam mana nak mengekalkan bentuk badan saya. Anda juga boleh lihat
caranya di sini: (link)
Cara seperti ini sebenarnya sangat sesuai digunakan dalam pemasaran menggunakan laman sosial
seperti facebook.
Comments
Post a Comment